Wednesday, March 31, 2010

Karanganku...

Sungguh tidak ku sangka,ku berjaya dengan sekelip mata.Semuanya bagai mimpi.Kerana kejayaan itulah aku berubah.Aku berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik.Namaku Sharil Suhaidy dan ini adalah ceritaku.

Aku hanya seorang pelajar madrasah penuh yang amat nakal.Aku belajar tentang Islam,Akhlak dan Akidah yang baik setiap hari.Aku juga pandai membaca Al-Quran.Tetapi aku hanya menganggap bahawa itu semua adalah tidak penting,remeh temeh sahaja.Sebaik sahaja aku meningkat dewasa,aku mula bergaul dengan mereka yang hanyut,aku terpesong.Pada mulanya aku hanya berteman dan menganggap mereka sebagai teman untuk bual bicara sahaja.Tetapi keimananku tidak seteguh yang ku sangkakan.

Aku mula menghisap rokok,bertatu di badan dan terlibat dalam pergaduhan berkumpulan.Aku bagaikan sampah masyarakat ketika itu.Sesuatu telah menyadarkanku daripada terus hanyut .Aku terlihat sebuah iklan yang ditayangkan di kaca T.V tentang sebuah pertandingan nyanyian yang amat popular dan aku bercadang untuk hadir ke ujibakatnya pada keesokan harinya.

Aku hadir untuk ujibakat dengan semangat dan konfiden sekali .Padahal aku cuma ingin mencuba nasib dan menimba pengalaman tetapi dengan tidak disangka aku diterima untuk ke peringkat yang seterusnya.Salah seorang pengadil itu berkata bahawa aku mempunyai suara ‘jantan’ dan amat lantang .Setelah aku diterima,aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dan mula bertekad untuk memenangi pertandingan itu.Minggu demi minggu aku lalui ,sungguh pantas masa berlalu.Pejam,celik,pejam,celik,aku sudah ke peringkat akhir .Hatiku terasa debarannya apabila pengacara itu ingin mengumumkan keputusannya.Keputusan pun akhirnya diumumkan dan aku adalah naib johan,aku sedikit hampa tetapi gembira walaupun aku tidak menjadi juara.

Rezekiku melimpah ruah selepas menjadi naib johan.Aku menjadi terkenal.Aku mempunyai peminat yang terus menyokong aku dan laguku sering diputarkan di radio .Setelah memperoleh kejayaan itu,tergerak rasa hatiku untuk berubah .Dari segi penampilan,akhlak dan akidah kerana aku mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.Ku percaya bahawa seseorang penyanyi itu adalah contoh yang baik.Aku mula membuang tatu di badanku,merubah akhlak dan akidahku dengan secara perlahan-lahan.Aku harus lebih bersabar dan mengerjakan perintahNya.

Setapak demi setapak aku memperbaiki diriku.Aku mempunyai masa silam yang hancur tetapi setelah sesuatu kejadian berlaku,aku mampu untuk merubah diriku.

Masa silam yang hancur
Bukan penghalang untuk berubah
Ia masih tidak terlambat
Untuk membuka lembaran baru.