Monday, May 17, 2010

Pentingnya membuat keputusan yang bijak.

Aku duduk seorang diri di tepi jendela sambil memerhatikan mentari berlabuh perlahan-lahan dan terus terbenam.Aku tidak mampu untuk melupakan kejadian itu.Ia masih segar di benak fikiranku.Itulah kejadian yang mengubah kehidupanku buat selamanya kerana tidak membuat keputusan yang bijak.

"Mama,Adira terlalu sayangkan Shahir!Adira minta kami ditunangkan secepat mungkin,"Aku berkata.

"Mama tidak setuju,"kata mamaku."Tapi ma,Adira rasa bahagia sangat apabila bersama dengan Shahir,"aku membalas.

"Siti Nur Adira Emilia binti Imran!Ikut kata mama,jika tidak kamu akan menyesal nanti!"mama memarahiku."Tetapi ini kehidupan Adira,biar Adira tentukan pasangan hidup Adira sendiri,"aku mula memberontak.

"Ros,biarkan mereka tentukan pasangan masin-masing.Mereka pun sudah matang dan boleh membuat keputusan dengan bijak,"kata ayah.

"Tetapi Ros tidak sukakan budak Shahir tu,"mamaku membalas.

"Abang tetap akan tunangkan mereka,"kata ayah.

"Suka hati abanglah!"kata mama dengan nada yang agak tinggi.

Hari demi hari berlalu,akhirnya kami ditunangkan.Pada hari itu aku dan Shahir kelihatan sungguh sepadan bagai pinang dibelah dua.Aku cintakan Shahir dan dia juga mencintaiku.Aku harap kami akan bahagia bersama.

Setahun berlalu dengan begitu pantas.Hari persandingan aku dan Shahir semakin dekat.Tetapi sejak kebelakangan ini,Shahir mula menjauhiku tanpa sebarang sebab atau alasan.Seminggu sebelum hari persandingan kami,aku menghubunginya tetapi tidak dijawab.Dia menghilangkan diri dengan begitu sahaja.Perlengkapan untuk hari pernikahan kami sudah tersedia.Aku hanya perlukan dia untuk mendampingiku di hari bahagia kami.Akhirnya pernikahan kami dibatalkan.

Aku sungguh kecewa.Hatiku seakan-akan disiat-siat.Perit teramat sangat.Wajahnya sering bermain di ruang mataku.Sungguh sukar untuk aku melupakannya.Hari demi hari berlalu,aku seperti bangkai bernyawa.Aku hilang selera makan dan aku juga tidak berhubung dengan dunia luar.Badanku semakin susut.Hanya pembantu rumahku,Mak Munah sahaja yang menjaga dan memahami isi hatiku.

Aku terdengar berita di radio pada waktu petang hari itu."Mangsa Amirul Shahir bin Iskandar telah terlibat dengan suatu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori,"kata pembaca berita itu.

"Shahir?Kemalangan?Tidak,tidak!Itu bukan Shahir!Bukan!"aku meraung"Sabar Adira,ini semua dugaan tuhan.Hadapinya dengan tabah,"kat Mak Munah."Adira menyesal kerana tidak membuat keputusan yang bijak dengan mendengar kata mama,"aku berkata."Mak Munah faham,"Mak Munah berkata.

Sekarang aku sedar betapa pentingnya membuat keputusan yang bijak.Sehingga sekarang aku tidak tahu keadaan Shahir.Adakah dia masih hidup atau mati itu semua menjadi tanda tanya.

Wednesday, April 14, 2010

Kehilangan

Khabar yang aku dengar itu seperti angin yang berlalu.Berita kehilangannya seperti tidak boleh dipercayai.Aku bertanya Mak Munah bekali-kali tetapi Mak Munah hanya membisu.Tanpa ku sedari ,air mataku jatuh berlinangan.Peristiwa itu masih segar di ingatan.Wajah Shakir masih terbayang-bayang di ruang mataku.

"Umi!Shahilah terlalu sayangkan Shakir!Ilah mahu kami di tunangkan secepat mungkin,keluarga Shakir sudah tahu tentang hubungan kami,"aku berkata dengan nada yang agak tinggi.

"Kita tunangkan sahaja budak-budak ni Ros,"kata ayah.

"Tapi Ros tidak sukakan budak Shakir tu,"umi berkata.

"Abang tetap akan tunangkan mereka.Mereka sudah matang,mereka boleh membuat keputusan mereka sendiri,"balas ayah.

"Suka hati abanglah,"umi menjawab.

Tiga bulan kemudian,kita ditunangkan.Aku dan Shakir bagai pinang dibelah dua,ada keserasian di antara kita.Aku bahagia di sisinya.Namun,setelah beberapa minggu kami ditunangkan,kelakuan Shakir membuat aku curiga.Dia mula menjauhkan diri daripadaku.Aku dan Shakir tidak lagi seperti dahulu.Sebulan sebelum hari pernikahan kami,Shakir menghilangkan diri.Tanpa sebarang khabar berita.Perlengkapan untuk hari pernikahan kami semuanya sudah lengkap.

Aku cuba menghubungi Shakir tetapi gagal.Ibu bapanya juga tidak tahu di mana Shakir berada.Aku menjadi tidak tentu arah.Akhirnya pernikahanku dibatalkan.Tiga bulan berlalu,masih tiada khabar berita dari Shakir.Aku seperti terumbang-ambing di angkasa.Tiada maknanya untuk aku meneruskan kehidupan ini lagi.Hatiku hancur bagai kaca yang pecah seribu.Aku menyesal kerana tidak mempertimbangkan cadangan ibuku untuk tidak bertunang dengan Shakir.

Hari demi hari,badanku mula susut.Aku tiada selera untuk makan.Semakin aku fikirkan Shakir,semakin runsing kepalaku dibuatnya.Mak Munah,tukang gaji di rumahku yang menjagaku.Dia lebih memahami isi hatiku.

Aku sudah seperti bangkai bernyawa.Aku terlalu merindui Shakir.Tiba-tiba aku terdengar berita di radio.

"Mangsa,Imran Shakir bin Haris mengalami suatu kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori,"kata pembaca berita itu.

"Shakir??Kemalangan??Adakah dia sudah mati??Ataupun koma??Tidak mungkin!!!Itu bukan Shakir!!Bukan!!"aku meraung.

"Sabar Ilah,sabar.Tabahlah menghadapi segalanya,"kata Mak Munah.

Aku sungguh kecewa.Hingga ke hari ini aku masih tidak tahu dimana Shakir berada.Sama ada dia hidup ataupun mati,itu semua menjadi tanda tanya.

Wednesday, April 7, 2010

Jenis-jenis konflik dalam karangan saya...

Jenis konflik dalam karangan saya...

Jenis konflik 1:Manusia bertentangan dengan masyarakat.
Masalah:Sharil Suhaidy mula bergaul dengan mereka-mereka yang hanyut dan liar.
Kesan:Perlahan demi perlahan,dia juga terpengaruh.

Jenis konflik 2:Manusia bertentangan dengan diri sendiri.
Masalah:Keimanannya tidak seteguh yang disangka.
Kesan:Dia mula terpesong dari segi akhlak,akidah dan agama.

Jenis-jenis konflik di karangan SHAFIQAH:
Jenis konflik 1:Manusia bertentangan dengan masyarakat.
Masalah:Fatin bergaul dengan remaja-remaja liar.
Kesan:Pandai merokok dan sering tidak hadir ke sekolah.Hanyut.

Jenis konflik 2:Manusia bertentangan dengan manusia.
Masalah:Dua orang kawan berebutkan seorang budak lelaki.
Kesan - Mereka bergaduh dan terus memutuskan persahabatan mereka.

Jenis-jenis konflik di karangan haziq:
Jenis konflik1:Manusia bertentangan dengan manusia.
Masalah:Rakannya mengajaknya untuk merokok.
Kesan:Fadzli terpengaruh.

Wednesday, March 31, 2010

Karanganku...

Sungguh tidak ku sangka,ku berjaya dengan sekelip mata.Semuanya bagai mimpi.Kerana kejayaan itulah aku berubah.Aku berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik.Namaku Sharil Suhaidy dan ini adalah ceritaku.

Aku hanya seorang pelajar madrasah penuh yang amat nakal.Aku belajar tentang Islam,Akhlak dan Akidah yang baik setiap hari.Aku juga pandai membaca Al-Quran.Tetapi aku hanya menganggap bahawa itu semua adalah tidak penting,remeh temeh sahaja.Sebaik sahaja aku meningkat dewasa,aku mula bergaul dengan mereka yang hanyut,aku terpesong.Pada mulanya aku hanya berteman dan menganggap mereka sebagai teman untuk bual bicara sahaja.Tetapi keimananku tidak seteguh yang ku sangkakan.

Aku mula menghisap rokok,bertatu di badan dan terlibat dalam pergaduhan berkumpulan.Aku bagaikan sampah masyarakat ketika itu.Sesuatu telah menyadarkanku daripada terus hanyut .Aku terlihat sebuah iklan yang ditayangkan di kaca T.V tentang sebuah pertandingan nyanyian yang amat popular dan aku bercadang untuk hadir ke ujibakatnya pada keesokan harinya.

Aku hadir untuk ujibakat dengan semangat dan konfiden sekali .Padahal aku cuma ingin mencuba nasib dan menimba pengalaman tetapi dengan tidak disangka aku diterima untuk ke peringkat yang seterusnya.Salah seorang pengadil itu berkata bahawa aku mempunyai suara ‘jantan’ dan amat lantang .Setelah aku diterima,aku tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini dan mula bertekad untuk memenangi pertandingan itu.Minggu demi minggu aku lalui ,sungguh pantas masa berlalu.Pejam,celik,pejam,celik,aku sudah ke peringkat akhir .Hatiku terasa debarannya apabila pengacara itu ingin mengumumkan keputusannya.Keputusan pun akhirnya diumumkan dan aku adalah naib johan,aku sedikit hampa tetapi gembira walaupun aku tidak menjadi juara.

Rezekiku melimpah ruah selepas menjadi naib johan.Aku menjadi terkenal.Aku mempunyai peminat yang terus menyokong aku dan laguku sering diputarkan di radio .Setelah memperoleh kejayaan itu,tergerak rasa hatiku untuk berubah .Dari segi penampilan,akhlak dan akidah kerana aku mahu menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.Ku percaya bahawa seseorang penyanyi itu adalah contoh yang baik.Aku mula membuang tatu di badanku,merubah akhlak dan akidahku dengan secara perlahan-lahan.Aku harus lebih bersabar dan mengerjakan perintahNya.

Setapak demi setapak aku memperbaiki diriku.Aku mempunyai masa silam yang hancur tetapi setelah sesuatu kejadian berlaku,aku mampu untuk merubah diriku.

Masa silam yang hancur
Bukan penghalang untuk berubah
Ia masih tidak terlambat
Untuk membuka lembaran baru.